Connect with us

Viral

Penyanyi Rap Malaysia Dapat Jemputan Ke Persembahan Netflix Rythm + Flow

Power!!

Published

on

Selepas berjaya membuat kemunculan di Bloomberg & The New York Times, penyanyi rap wanita tempatan yang dikenali sebagai bunga kini mengorak langkah kembali mencipta namanya dimata dunia.

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 20, Bunga atau nama asalnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani baru-baru ini telah diundang untuk membuat persembahan persembahan untuk program Rythm + Flow yang ditayangkan menerusi perkhidmatan penstriman video Netflix.

Perkara berkenaan dikongsi sendiri oleh penyanyi yang berasal dari Perak melalui laman Twitter miliknya, sama hari dengan hari ulang tahun kelahirannya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata turut memuji dan berbangga dengan pencapaian gadis berkenaan.

Lebih menarik lagi, penyanyi Yuna turut membalas ciapan berkenaan dengan memberi sokongan terhadap Bunga selain mengikuti Bunga di laman sosialnya.

Power kan?! Siapa sangka gadis berhijab yang gemar berbaju kurung ini telah mendapat perhatian dan disayangi ramai sejurus tweet yang ditulis itu tular.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest