Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Perangi Plastik! Tukar Sampah Dapat Beras

Inisiatif yang bijak dan unik, bukan?

Published

on

Sudah menjadi lumrah sekarang jika kita lihat di sekeliling kita atau mana-mana taman perumahan sudah pasti ada sampah yang bersepah di tepi jalan.

Ini kerana ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata terutamanya sampah dari rumah menyebabkan persekitaran menjadi busuk dan kotor.

Sebuah perkampungan di Filipina menawarkan beras kepada penduduk untuk digantikan dengan sampah sebagai usaha menangani masalah sisa plastik.

Penduduk di Bayanan boleh mendapatkan sekilo beras dengan menukar dua kilogram sisa plastik untuk dilupus atau dikitar semula.

Pada Ogos lalu, penduduk di kampung itu sudah berjaya mengumpul lebih 213 kilogram bungkusan dan plastik.

Untuk pengetahuan, FIlipina merupakan penyumbang utama kepada pencemaran plastik marin akibat daripada kegagalan undang-undang sedia ada yang gagal menyelia pembuangan sisa pepejal atau peraturan pembuatan pembungkusan.

Diharapkan usaha begini dapat dijalankan di Malaysia dalam melahirkan masyarakat yang cintakan kebersihan dan bencikan sampah sarap.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest