Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Perasaan Gemuruh Ganggu Fokus Elizabeth Tan Di Pentas

Penyanyi lagu Semua Sudah, Elizabeth Tan Su Mei  atau dikenali sebagai Lizzy mengakui masih belum mampu melawan perasaan gemuruh setiap kali menjayakan persembahan di atas pentas.

Published

on

Penyanyi lagu Semua Sudah, Elizabeth Tan Su Mei  atau dikenali sebagai Lizzy mengakui masih belum mampu melawan perasaan gemuruh setiap kali menjayakan persembahan di atas pentas.

Hampir lima tahun melakar nama sebagai penyanyi, Lizzy sering terbawa-bawa dengan perasaan itu hingga fokusnya terganggu.

“Pada awal pembabitan dalam bidang nyanyian sekitar 2014, saya memang teruja apabila menerima tawaran persembahan kerana bayarannya juga lumayan. Namun, setiap kali mahu naik pentas, saya akan gemuruh, terutama apabila melihat jumlah penonton yang besar,” katanya.

Malah, dirinya yang terlalu risau memikirkan persembahan menyebabkan dia mengalami masalah untuk tidur.

“Disebabkan terlalu memikirkan mengenai persembahan, saya sukar melelapkan mata,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lizzy yang menjayakan beberapa drama dan filem mengakui minatnya terhadap bidang lakonan kini semakin mendalam.

Untuk pengetahuan, Lizzy mahu lebih fokus dalam dunia lakonan dan dia mengakui teruja menanti maklum balas peminat terhadap kemunculan terbarunya dalam filem Misteri Dilaila yang bakal ditayangkan bermula 21 Februari ini.

All the best Lizzy!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest