Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Perjalanan Karier Seterusnya? Ini Impian Ara Johari!

Ara rancang buat konsert, keluarkan album dan single baharu?

Published

on

Penyanyi Ara Johari yang baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke 22, memasang impian memiliki album solo dan mengadakan konsert.

“Saya impikan satu album dan konsert. Konsert ini khas untuk peminat yang menyokong sejak awal pembabitan saya dalam bidang ini. Cuma, biarlah ia dibuat secara perlahan-lahan. Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan buat.”

Sementara itu, memetik kenyataanya kepada Harian Metro,

“Untuk album pula, saya merancang menghasilkan album mini dulu. Kalau semuanya berjalan lancar, awal atau pertengahan tahun depan ia akan dikeluarkan.”

Dalam perkembangan lain, Ara dalam perancangan menghasilkan single keempat pada Ogos ini.

“Untuk single keempat saya dan pihak pengurusan dalam proses memilih material yang sesuai. Sudah ada beberapa komposer yang memberikan lagu.”

“Saya memang selesa dengan komposer sebelum ini, tapi nak juga mencuba sentuhan lain. Kalau tak cuba, kita tak tahu genre kita boleh versatil atau tak.

“Jadi, lagu keempat ini mungkin dengan komposer lain.”

Sumber: Harian Metro

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest