Connect with us
Hot Kool Jam

Uncategorized

Perkataan Yang Lahir Pada Tahun 2018

Korang dah ready tak nak masuk tahun baru 2019?

Published

on

Korang dah ready tak nak masuk tahun baru 2019? Masuk tahun baru ni korang kena ingat, umur korang pun makin bertambah! Jangan nak cemas sangat. Umur tu nombor je betul? Selain daripada umur, ada juga benda lain yang bertambah dalam kehidupan seharian kita. Apa benda? Perkataan yang selalu kita nampak, dengar dan guna! Jom kita tengok antara perkataan-perkataan baru yang muncul sepanjang tahun 2018. Kreatif betul siapa yang cipta perkataan ni.
Mak Cik Bawang / Membawang

Tak pasal-pasal bawang yang kena. Perkataan “Mak Cik Bawang” atau “Membawang” ni dah muncul kat media sosial pada hujung tahun 2017 sebenarnnya. Perkataan ni masih lagi diguna pakai sampai la sekarang ni nak masuk dah tahun 2019. Apa maksud “Mak Cik Bawang” atau “Membawang” ni? Kalau korang cari dalam kamus sampai 2020 pun korang tak jumpa makna sebenarnya. Mungkin secara kiasan “Mak Cik Bawang” atau “Membawang” ni maksudnya orang yang suka berborak, bergossip atau mengumpat pasal orang lain. Apsal bawang yang kena? Apa salah Mak Cik tu? Sabar brader.

Kalau korang pernah datang kenduri yang makanan dan lauk-pauk kat kenduri tu dimasak oleh orang kampung atau jiran-jiran rumah pengantin tu, kan ada makcik-makcik yang datang merewang beramai-ramai tolong masak. Makcik-makcik tu selalunya sambil nak memasak, potong bawang, lengkuas, timun dan segala jenis sayuran yang nak dimasak, dorang biasanya memang akan berborak pasal si A dan si B. si C pun kadang-kadang kena gak. Mungkin dari situ datangnya perkataan “Mak Cik Bawang” tu. Steady mak cik!

Bosku

Ni lagi satu perkataan yang berlegar-legar kat media sosial sekarang ni. Perkataan “Bosku” ni asalnya selalu diguna pakai oleh orang Sabah. Maksud dia lebih kurang macam brobrader dan sewaktu dengannya. Tahun 2018, perkataan “Bosku” dah menular kat media sosial sampai diguna pakai oleh netizen kat semua negeri dan ada juga selebriti-selebriti yang selesa gunakan perkataan “Bosku” ni termasuklah kami. Bosskurr!

 

Untuk mengetahui perkataan lain, layari www.thelaki.com.my

Penulis: TheLaki

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest