Connect with us
Projek Radio

Update

Perlukan Kaunseling Semasa Wabak COVID-19? Hubungi Talian Kasih

15999

Published

on

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin merasakan duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini lebih selamat. Namun, bagi sesetengah individu mungkin tidak.

Ini susulan pada 30 Mac 2020, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat dipercayai akibat didera.

Namun, menurut pihak polis pengasuh kanak-kanak terbabit berusia 33 tahun bersama suaminya berumur 41 tahun telah ditahan.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19 bagi memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak itu, selain bagi mengelakkan masalah sosial yang lain seperti penderaan dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan.

Perkhidmatan telekaunseling itu diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.

Talian Khas Kaunseling COVID-19 itu dibuka kepada mangsa COVID-19, waris mangsa, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April.

Perkhidmatan itu beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest