Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Pesan Pada Hati, Nabila Razali Tak Diva

Nabila Razali bakal bergandingan bersama Syukri Yahaya dalam drama Pesan Pada Hati.

Published

on

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali terbabit dalam sebuah drama terbaru, Pesan Pada Hati.

Sepanjang penggambaran drama berkenaan, pelakon berpengalaman, Jasmin Hamid memuji sikap dan komitmen yang diberikan Nabila selain selesa bekerjasama dengan penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu.

“Dia pandai membawa diri, walaupun bermula dalam industri hiburan sebagai penyanyi. Dia langsung tidak menunjukkan sikap diva.
“Sebagai pelakon, kami bekerja tidak ubah seperti sebuah keluarga dan perlu bergaul untuk mendapatkan keserasian. Hanya dari situ, baru ada ‘rasa’ apabila berlakon bersama-sama.
“Pelakon tidak boleh buat hal masing-masing kerana nanti apabila masuk set, keras dan kaku. Pelakon perlu jujur dengan watak dan bukan hanya ‘syok sendiri’ kerana menzahirkan karakter tidak memerlukan populariti, sebaliknya keikhlasan.
“Dengan sikap positif yang dimilikinya itu, saya percaya Nabila akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi,” kata Jasmin.

Drama Pesan Pada Hati akan turut dilakonkan oleh Shukri Yahaya sebagai watak hero, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah dan Anne Abdullah.

Drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures ini adalah arahan terakhir Allahyarham Raja Ahmad Alauddin dan akan disiarkan menerusi slot Lestary TV3 tidak lama lagi.

WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Yusof
Nabila Razali sebagai Zulaikha
Firdaus Ghufran sebagai Amir
Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
Chacha Maembong sebagai Ardina
Sara Ali sebagai Yanna
Arja Lee sebagai Virza
Elya Miera sebagai Maryam
Muaz Fitri sebagai Taufiq

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest