Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

PKP Hari Ke-21: Aiman Tino Luah Perasaan

Rindu jugak..

Published

on

Pada 7 April, genap seluruh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi jika ia tidak disambung selepas 14 April ini.

Rata-rata ramai yang mula menyuarakan pendapat masing-masing termasuklah cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan, nasihat serta penghargaan buat orang awam dan tenaga barisan hadapan.

Namun, tidak kurangnya juga dengan luahan yang dicurahkan menerusi laman sosial.

Perkara itu turat dilakukan oleh penyanyi Aiman Tino yang telah memuat naik sekeping gambar berserta dengan kapsyen yang berbentuk luahan isi hatinya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu, dia merindukan untuk menjalani kehidupan sehariannya dengan penuh aktiviti bermanfaat.

“Ya allah, aku minta maaf jika selama ni aku tak bersyukur. Sekarang baru aku sedar betapa besar keselesaan yang kau bagi selama ini pada setiap ciptaan kau di dunia ini. Ya Allah kau kembalikan suasana seperti biasa Ya Allah. Aku janji aku akan memanfaatkan setiap sisa-sisa hidup aku dengan kalimahmu Ya Allah,” tulis Aiman.

Aiman turut mengharapkan semoga seluruh rakyat Malaysia mengambil pengajaran dengan keadaan yang dilalui ketika ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest