Home > #PenaHot > Pogba Antara Pemain Beragama Islam Yang Bermain di Liga Perdana Inggeris. Ayuh Ketahui 4 Yang Lain!

Pogba Antara Pemain Beragama Islam Yang Bermain di Liga Perdana Inggeris. Ayuh Ketahui 4 Yang Lain!

Musim baru Liga Perdana Inggeris telah membuka tirai minggu lepas menyaksikan banyak gol-gol yang terhasil seperti perlawanan di antara Manchester United menentang West Ham United yang berakhir 4-0 juga perlawanan di antara Liverpool dan Watford yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Menariknya gol di dalam perlawanan itu dijaringkan oleh pemain-pemain yang beragama Islam yang beraksi di perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris.  Di sini kami senaraikan 5 pemain beragama Islam yang bermain di musim baru Liga Perdana Inggeris.

 

Paul Pogba

Pemain muda berusia 24 tahun ini berpindah dari kelab Juventus ke Manchester United pada tahun lepas. Jika anda seorang penyokong kuat #GGMU pastinya tahu Pogba telah mengerjakan umrah pada bulan ramadan yang lepas. Pogba juga membantu Manchester United menang 4-0 ke atas West Ham United minggu lepas dengan menjaringkan satu gol.

 

P6R9 mode on 👊🏾 @manchesterunited #MUFC @rlukaku9

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

 

Most beautiful thing I've seen in my life 🕋🙏🏾

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Ini gambar ketika Pogba mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan lepas.

 

Sadio Mane

Pemain yang berasal dari Senegal ini berpindah ke Liverpool dengan nilai 35 juta pound. Musim pertama bersama dengan Liverpool dia berjaya menjaringkan 13 gol. Sadio Mane telah membantu menjaringkan gol penyamaan ketika Liverpool ketinggalan 0-1 ketika perlawanan menentang Watford minggu lepas hasil daripada hantaran Emre Can juga seorang pemain beragama Islam yang berasal dari Jerman.

 

 Mohamed Salah

Mohamed Salah bermain di Liga Perdana Inggeris pada tahun 2014 ketika bermain untuk Chelsea. Kemudian pada tahun 2016 dia berpindah ke kelab Itali iaitu AS Roma dan kembali menyarung jersi kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool. Salah juga telah berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool ketika menentang Watford minggu lepas dan dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan atau Man Of The Match.

First goal elhamdoelah

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah22) on

Salah berdoa tanda kesyukuran ketika bermain untuk Chelsea.

 

 

Mesut Ozil

Pemain Arsenal ini akan menyambut ulang tahun hari jadinya yang ke-28 tahun tidak lama lagi pada 15 Oktober 2017. Berasal dari Jerman dan mewakili pasukan bola sepak negaranya sejak 2006 ketika berusia 19 tahun.  Walaupun beragama Islam, ada ketikanya Ozil dikecam di sosial media kerana memiliki tatu di tangan kirinya dan memakai subang di telinga. Apa-apapun Mesut Ozil juga turun untuk perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris minggu lepas dan membantu pasukannya menewaskan Leicester City dengan keputusan 4-3.

 

Perlawanan minggu lepas juga menyaksikan Mesut Ozil memberikan jersinya kepada seorang penyokong muda yang berada di tempat duduk penyokong. Tonton video di atas.

 

Riyad Mahrez

Nama Riyad Mahrez mula menjadi sebutan apabila dia membantu pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2015-2016. Pemain yang berasal dari Algeria ini telah membuat 123 penampilan bersama Leicester City dan menjaringkan 30 gol setakat ini. Pada perlawanan menentang Arsenal minggu lepas Mahrez membantu Vardy untuk menjaringkan gol ke-3 Leicester City namun tetap tewas 3-4 kepada Arsenal.

 

Quarter finals .. @uefachampionsleague #LCFC#teamDZ

A post shared by RM26 London Leicester Paris (@riyadmahrez26.7) on

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ditulis oleh: @Deen_hotfm

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply