Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia peringkat Zon Tengah 2018 akan menawarkan ribuan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua graduan serta pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan. Sesi temu duga dijalankan secara on the spot oleh pihak syarikat terlibat dan pihak SL1M menjangkakan lebih daripada 30,000 pengunjung akan hadir membanjiri MAEPS untuk merebut peluang pekerjaan dan latihan yang disediakan.

Majlis Perasmian Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah kali ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 24 Februari 2018.


Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web dan media sosial SL1M :

Laman Web: http://www.sl1m.my/
Instagram : https://www.instagram.com/sl1mofficial/?hl=en
Facebook : https://www.facebook.com/sl1mofficial/
Twitter : https://twitter.com/sl1mofficial?lang=en

Siaran Luar Program Temu Duga Terbuka SL1M bersama Hot FM dibawakan oleh Skim Latihan 1 Malaysia, 24 hingga 25 Februari di MAEPS, Serdang. Nak cari kerja, senang je.

Kongsi laman ini di: