Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Projek Hari Lahir, RM BTS dan BTS ARMY Buat Amal

Woah! Memang BTS dan ARMY memang terbaik!

Published

on

Baru-baru ini, leader of BTS, RM atau nama sebenar Kim Namjoon telah menyumbang 100 juta Won (84,317 US Dolar) kepada Yayasan Muzium Seni Moden dan Kontemporari Nasional (MMCA).

Sumbangan ini dibuat bagi meraikan ulang tahun kelahirannya pada 12 September lalu dan ia bertujuan mendorong budaya membaca, memahami seni dan juga memperkenal “beautiful art books”.

Sumber gambar: BTS_twt

Melalui jumlah sumbangan ini, ia akan digunakan untuk menghasilkan buku-buku seni yang perlu dikeluarkan semula dan sukar diperoleh. 

Selain itu, karya yang telah diterbitkan oleh Muzium Seni Moden dan Kontemporari Nasional juga akan diutamakan.

Sebanyak 4,000 buah buku akan disumbang kepada 400 perpustakaan di seluruh negara dan perpustakaan sekolah rendah, menengah, dan sekolah menengah yang terletak di kawasan terpencil termasuk kafe buku seni MMCA pada bulan hadapan.

Ia juga merupakan hasrat RM BTS untuk membantu golongan muda yang tidak berpeluang mengunjungi muzium seni mempunyai akses yang lebih baik kepada seni.

Dalam pada itu, peminat BTS, ARMY juga telah mengumpul wang sejumlah 22,661 US Dolar bagi membantu pendidikan di India dan akan ia dapat meliputi bantuan dari segi latihan 15 orang guru, pendidikan virtual untuk 1000 orang pelajar, sesi persekolahan selama satu bulan bagi 500 pelajar, 50 gajet untuk pendidikan, menubuhkan 3 buah “Night school” untuk pelajar luar bandar dan kurang berkemampuan dengan untuk pergi ke sekolah pada siang hari kewajipan siang hari supaya mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest