Connect with us
Nite Jam

Drama

Pujaan Hati Kanda Raya, 2 Hari Lagi!

Siapa peminat Remy Ishak dan Mira Filzah?

Published

on

Siapa peminat Remy Ishak dan Mira Filzah pasti tidak sabar menantikan drama Pujaan Hati Kanda versi Raya yang akan disiarkan pada hari raya pertama nanti.

Jika anda masih ingat, drama ini mengisahkan si kasanova Danny (Remy Ishak) yang dibebani dengan kehadiran bayi misteri (Rizqi) yang dikatakan anak kandungnya.

Manakala Tiara (Mira Filzah) pula diupah oleh Danny untuk menjaga bayi tersebut dan tiba-tiba mereka jatuh cinta. Sweet sangat kan tengok gandingan mereka berdua!

Untuk pengetahuan, skrip drama ini ditulis oleh Intan Zarina dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini.

Ini antara koleksi gambar sewaktu mereka menjalani penggambaran untuk  Pujaan Hati Kanda Raya!

Drama ini akan sekali lagi dihiburkan dengan lakonan Reen Rahim yang membawa watak Kak Su, Syazwan Zulkifly, Aida Khalida, Dian P Ramlee, Sarah Hildebrand dan si comel Ayden Mikael!

Jadi, lapangkan masa anda di hari pertama syawal untuk menonton drama Pujaan Hati Kanda Raya bermula jam 10:00 malam di TV3 okay!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest