Connect with us
You Da Boss

Thelaki

Punca: Kenapa Lelaki Dewasa Suka Kumpul Mainan?

Tak kisah la apa mainan pun, termasuklah kereta Hot Wheels ke, figura Star Wars ke, Marvel ke, Tamiya ke, Pokemon ke, korang namakan je apa-apa mainan, mesti ada lelaki dalam kalangan kawan-kawan korang ada hobi mengumpul barang mainan.

Published

on

 Tak kisah la apa mainan pun, termasuklah kereta Hot Wheels ke, figura Star Wars ke, Marvel ke, Tamiya ke, Pokemon ke, korang namakan je apa-apa mainan, mesti ada lelaki dalam kalangan kawan-kawan korang ada hobi mengumpul barang mainan.

Kadang-kadang tu bukan mainan je, ada juga yang kumpul jam, kasut, topi, lighter dan macam-macam lah. Tapi kali ni kita nak fokus kepada punca kenapa lelaki suka sangat kumpul mainan. Bukan kanak-kanak lelaki, tapi lelaki dewasa. Ada yang kadang-kadang dah siap asingkan duit gaji untuk beli mainan yang nak dibeli setiap bulan. Korang yang baca artikel ni salah seorang pengumpul atau orang yang tengah tertanya-tanya apa sebab lelaki suka kumpul mainan? Jom kita belah, hiris dan kupas satu-satu antara sebab kenapa kumpul mainan menjadi hobi oleh seorang lelaki dewasa.

Cita Rasa

Setiap manusia kat dunia ada minat dan cita rasa yang berbeza. Ada sesetengah pengumpul yang excited bila tunggu keluaran terbaru barang yang dikumpul. Contohnya mainan Hot Wheels, ada beberapa kereta yang dikeluarkan mengikut edisi tertentu dalam beberapa siri. Pengumpul akan bersungguh-sungguh cari mainan tersebut untuk kumpul kesemua siri yang dah dipasarkan. Bila berjaya kumpul, fuhh dia punya puas hati tu lain macam.

Nostalgia

Ada juga pengumpul yang ada memori dan sentimental value dengan sesuatu mainan tu. Kalau korang yang bukan pengumpul pun, mesti ada perasaan sentimental value dengan satu benda contohnya kereta atau motor. Korang sayang nak jual kat siapa-siapa sebab motor atau kereta tula korang beli guna gaji pertama, kereta tu juga korang guna masa bersusah-payah pergi balik kerja dan banyak lagi lah kenangan. Macam tu juga dengan pengumpul mainan. Ada yang kumpul figura Star Wars sebab kita pun tahu betapa besarnya empayar Star Wars dan filem Star Wars pun dah ditayangkan sejak tahun 1977. Berapa lama dah tu. Dengan kumpul mainan Star Wars boleh mengimbas kembali kenangan-kenangan pengumpul masa zaman kanak-kanak dulu.

 
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: The Laki

 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest