Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Raf dan Mawar Ceburi Bidang Nyanyian Pula!

Raf dan Mawar masih mencari material sesuai

Published

on

“Kami pernah berlakon dan mengacara bersama. Kini, kami berdua ingin mencuba sesuatu yang baharu untuk mengembangkan lagi kerjaya seni.”

Pasangan selebriti, Raf Yaakob dan isterinya, Mawar Rashid, membuat keputusan memilih untuk bergelar penyanyi.

“Kebetulan, saya dan Mawar memang suka menyanyi. Jadi, dari situ timbul idea untuk menghasilkan lagu duet.”

“Ketika ini kami masih mencari material yang sesuai. Jika diikutkan cita rasa, kami gemarkan lagu duet seperti dihasilkan oleh Melly Goeslaw. Lebih bagus kalau kami dapat bekerjasama dengan penyanyi yang juga komposer terkenal Indonesia itu.

Kata Raf kepada BH Online,

“Namun, jika tiada rezeki untuk berbuat demikian, kami tentunya tiada masalah untuk mendapatkan khidmat komposer tempatan. Malah, ramai juga yang menyarankan kami mendapatkan lagu daripada komposer hebat seperti Ajai dan Hael Husaini. Saya ikut sahaja komposer mana jadi pilihan isteri.”

Mawar pula berkata, impian untuk merakamkan lagu duet juga sebagai tanda kenangan buat mereka berdua, selain berkongsi kisah cinta mereka kepada pendengar.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest