Connect with us

Selebriti

Raih Lebih 93K Likes, Peminat Suka Imej Ayda Jebat Bertudung

Nampak manis sekali!

Published

on

Pada 3 Februari lalu, penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat ada memuat naik satu foto menyaksikan dirinya mengenakan hijab.

Di ruangan kapsyen, pelantun lagu Better Than You itu memberitahu kejayaannya pada tahun 2020 adalah dia telah berjaya mengurangkan pengambilan air manis.

Sebaliknya, mahu kehidupan yang lebih sihat dengan amalkan meminum air putih dan juga jus buah-buahan.

“Assalamualaikum syinta!

Your achievement in 2020 setakat ni? Me? Berjaya kurangkan minum air manis bersusu. More plain water and juices! Sebab ada orang marah + dia cakap ‘baybee dah cukup manis dah no need minum manis manis.’ Lalalalaa.. Yela tu,” tulis Ayda sambil berjenaka.

Dalam pada itu, foto yang dimuat naik itu turut menjadi perhatian pengikutnya apabila dengan pantas meraih lebih 93,000 tanda suka.

Rata-rata peminat setia Ayda turut memuji dan suka akan penampilannya yang kelihatan ayu bertudung.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest