Connect with us
You Da Boss

Konsert

Raisa Umum Konsert Di Jakarta Tahun Depan

Suara dia terbaik!

Published

on

Bila bercerita tentang penyanyi Indonesia, rata-rata pasti akan sebut nama Afgan sebagai penyanyi kegemaran masing-masing.

Tapi, pernah tak anda dengar lagu yang berjudul Percayalah yang sangat popular pada awal tahun 2016 nyanyian Afgan bersama dengan penyanyi wanita yang bernama Raisa?

Lunak kan suara Raisa? Dah la berbakat besar, cantik pulak tu! Baru-baru ini menerusi laman Twitter miliknya, Raisa memaklumkan dia akan mengadakan konsert pada tahun 2020.

Ciapan berkenaan telah mendapat perhatian daripada warganet yang meminati dan sentiasa menyokong keriernya sebagai penyanyi.

Penyanyi yang mempunyai seramai lebih 20juta pengikut di laman instagram berkenaan sebelum ini pernah memutuskan untuk beristirehat kerana mahu memberi fokus terhadap keluarganya.

Wanita yang lahir pada 6 Jun 1990 ini memulakan kerjayanya dengan membawakan lagu berjudul Serba Salah dan pernah menjadi salah satu vokalis sebuah band di Indonesia.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest