Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Raja Farah Selamat Timang Anak Lelaki Kedua!

Rasanya lama kita tak dengar cerita pasal pelakon Raja Farah kan?

Published

on

Rasanya lama kita tak dengar cerita pasal pelakon Raja Farah kan?

Dahulu namanya sering menjadi bualan apabila sering ditawarkan berlakon dalam filem-filem hebat termasuklah Lagenda Budak Setan.

Selain dari lakonan, Raja Farah juga popular menerusi bakat pengacaraan.

Terbaru, Raja Farah berkongsi berita gembira di akaun Instagram miliknya apabila memuat naik foto telah selamat melahirkan anak lelaki kedua, kelmarin.

Untuk pengetahuan, bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 6.15 petang.

“Syukur Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Saya melahirkan bayi ini secara normal dengan berat 3.45 kilogram. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas doa dan ucapan kalian. Kami sangat menghargainya,” tulisnya.

Raja Farah dan suami Iskandar Ismail diijabkabulkan pada 6 September 2015  dan telah dikurniakan seorang cahaya mata Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun.

 Ia juga merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Misi XX-Ray itu.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest