Connect with us
Hot Kool Jam

Update

Rakam Klip Lion King, Neelofa Buat Penjelasan!

Neelofa mengaku bertanggungjawab sepenuhnya

Published

on

Selepas klip rakaman filem The Lion King yang dimuat naik oleh Neelofa mencetus kritikan, pelakon dan pengacara itu tampil menjelaskan tindakannya itu.

Dia menegaskan tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta, apatah lagi sebagai artis dia sangat menghormati akan harta intelek.

Neelofa sebelum itu memuat naik di Instagram Story beberapa saat rakaman filem Lion King yang ditonton di pawagam, dan mencetus perdebatan di kalangan warganet.

Isu menjadi semakin besar apabila GSC dan TGV Cinemas turut memuatnaik kenyataan berbentuk soalan di mana pawagam lokasi Neelofa merakam klip itu, selain menganggap tindakan itu melanggar undang undang dan dipandang serius.

Memberikan penjelasan yang turut dimuat naik di akaun Twitternya, Neelofa berkata tindakan itu dibuat kerana keterujaannya terhadap karya diterbitkan oleh Disney itu.

“Saya mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menontonnya. Apatah lagi cerita terbabit sesuai menjadi tontonan seisi keluarga.”

Neelofa juga menjelaskan dia mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesalahan yang dilakukan, selepas menyedari tindakannya menimbulkan pelbagai masalah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest