Home > #PenaHot > Ramai tidak sedar mereka adalah salah seorang pengidap Trypophobia

Ramai tidak sedar mereka adalah salah seorang pengidap Trypophobia

Pernahkah anda merasa tidak senang apabila melihat sesuatu gambar atau tekstur yang berlubang-lubang? Apakah perasaan sebenar anda apabila melihat gambar-gambar tersebut ? Geli? Takut? Atau memualkan? Jika anda dikalangan yang merasa begini, ini bererti anda dijangkiti Trypophobia. Secara umumnya, Trypophobia ialah sebuah penyakit psikologi ataupun fobia terhadap lubang-lubang kecil yang berpola dan sekata contohnya lubang-lubang kecil yang terdapat pada tumbuhan, kulit haiwan, gelembung dan sebagainya. Kebiasaanya, lubang-lubang kecil ini akan menyebabkan penghidap trypophobia merasa ngeri, gatal dan geli-geleman.

 

Game Of Thrones GIFs - Find & Share on GIPHY

 

 

Face GIFs - Find & Share on GIPHY

 

Contoh lubang-lubang kecil yang mampu membuatkan penghidap Trypophobia tidak selesa adalah sarang lebah, biji-biji buah teratai, dan sebagainya. Namun, Trypophobia ini bukan sahaja terjadi apabila melihat ‘benda’ hidup, penghidap penyakit psikologi ini juga turut merasa takut apabila melihat gambar tubuh badan manusia yang penuh dengan lubang-lubang walaupun ianya hanya sekadar rekaan dibuat melalui ‘Photo Editing’.

Mengikut kajian pakar, tidak ada sebab yang sahih dan munasabah yang menjadi punca kepada tercetusnya perasaan fobia terhadap lubang-lubang kecil ini. Walaupun demikian, ramai sebenarnya dikalangan kita yang menghidapi penyakit psikologi ini. Ada kemungkinan mereka ini telah mengalaminya sejak kecil lagi. Disebabkan punca fobia ini masih belum diketahui, tiada pemeriksaan khusus ataupun ‘Trypophobia Test’ dilakukan oleh pakar-pakar.

Pada umumnya penderita Trypophobia akan mengalami gejala-gejala ini setelah melihat lubang-lubang kecil:

 

  1. Rasa cemas dan takut apabila melihat benda berlubang kecil

Screaming GIFs - Find & Share on GIPHY

 

2. Mengeluarkan Peluh

Airplane GIFs - Find & Share on GIPHY

 

3. Jantung berdegup kencang

Beating Heart GIFs - Find & Share on GIPHY

 

4. Sukar bernafas

John GIFs - Find & Share on GIPHY

 

Namun, percayalah setiap penyakit ada ubatnya. Fobia ini boleh dirawat dengan mengurangkan fikiran negatif mengenai gangguan tersebut. Tiada cara lain selain daripada berani berdepan dengan perkara yang anda takutkan. Sekiranya boleh, pandang gambar yang mempunyai lubang-lubang kecil ini berkali-kali sehingga anda lali dan tidak takut lagi. Peringatan buat anda yang tidak tergolong dalam kumpulan fobia terhadap lubang-lubang kecil ini, jangan sesekali takutkan rakan-rakan dan kenalan anda yang mengalami Trypophobia. Siapa tahu perlahan-lahan anda juga akan mengalaminya  malahan lebih kritikal daripada mereka. Jaga-jaga!!

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply