Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Rancangan Tribute Sandra Dikecam, Netizen Anggap Stesen TV Tak Sensitif

Kalau tak ada benda baik nak berkata, baik berdiam sahaja…

Published

on

Umum mengetahui bahawa penyanyi Sandra Dianne Ampuria telah meninggal dunia pada 11 September lepas akibat kemalangan jalan raya dan koma selama hampir satu minggu di Hospital Putrajaya.

Sebelum meninggal dunia, Sandra sedang menyertai satu program nyanyian di sebuah stesen televisyen tempatan.

Bagi mengenang pemergian penyanyi berusia 26 tahun itu, stesen televisyen tersebut telah mengadakan sebuah rancangan tribute khas untuk Allahyarhamah Sandra bagi menggantikan konsert minggu keenam yang sepatutnya diadakan pada 13 September iaitu semalam.

Sepanjang program, ramai tetamu dijemput bagi berkongsikan kisah manis mereka bersama dengan penyanyi berasal dari Tuaran, Sabah itu.

Konsert tribute itu juga telah disertakan dengan hashtag #SandraDalamKenangan dan suasana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjadi pilu apabila ramai turut merasai kehilangan yang mengejutkan itu.

Namun ada segelintir penonton dan netizen berasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.

Kata mereka, konsert nyanyian itu sepatutnya digantikan dengan majlis tahlil bagi menghormati pemergian Sandra.

Tambah mereka lagi, perbuatan sebegitu seolah-olah tidak menghormati keluarga arwah dan bagaikan mengikut budaya Barat kerana kebanyakan tetamu jemputan turut mengenakan busana lengkap berwarna hitam seolah-olah berkabung.

Menurut pengacara program tersebut iaitu Alif Satar, mereka akan melakukan bacaan Yassin dan tahlil yang akan dimaklumkan kemudian hari kepada umum.

Tetapi rancangan itu bukan la keseluruhannya diisi dengan nyanyian, ada juga diselitkan dengan sesi berbual bersama dengan teman rapat Allahyarhamah Sandra dan lagu yang disampaikan oleh mereka bukan la lagu gembira tetapi lebih kepada lagu tentang kehilangan.

Pada masa yang sama, rakan baik Allahyarhamah Sandra iaitu Neeta Manis juga menyampaikan lagu Tulus yang merupakan lagu terakhir Sandra yang turut ditulis olehnya sendiri.

Sama-sama kita doakan semoga Allahyarhamah Sandra ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest