Selebriti
Rashidi Belum Bersedia Cari Pengganti
Didoakan semoga suatu hari nanti Rashidi menemui pengganti yang sesuai.
Pelakon terkenal Rashidi Ishak mengakui Ramadan dan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza tanpa kehadiran wanita bergelar isteri.
Namun begitu, beliau enggan terburu-buru dan belum bersedia memikirkan tentang jodoh buat masa ini.
Menurut pelakon berusia 46 tahun itu lagi, tidak mudah untuk dia kembali bercinta dan berkahwin selepas mahligai yang dibina bersama pelakon Vanidah Imran selama 18 tahun akhirnya musnah.
Dalam pada itu, Rashidi juga tidak menolak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi memohon agar peminat tidak lagi mengaitkannya bersama bekas isteri memandangkan masih ramai yang mengharapkan mereka kembali bersama.
“Memang tidak ada harapan tetapi saya tidak mahu cakap banyak kerana perjalanan hidup kita ini rahsia Allah. Semuanya itu adalah ketentuan Yang Maha Esa.
“Sehingga ke hari ini, masih ada lagi yang ‘tag’ nama saya di Instagram dia dan namanya di Instagram saya. Cukup-cukuplah kerana saya sendiri sudah berhenti berharap sejak lafazkan talak,” katanya.
Walaupun Rashidi dan Vanidah bukan lagi pasangan suami isteri, mereka masih berhubung atas urusan membabitkan anak-anak.
Jodoh itu sesungguhnya milik Allah. Didoakan semoga suatu hari nanti Rashidi menemui pengganti yang sesuai.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya