Connect with us

Drama

Rashidi Ishak Terharu Peminat Sokong Drama Kampung People

Saksikan drama Kampung People setiap hari Rabu hingga Jumaat di TV3 jam 9 malam okay! 

Published

on

Drama Kampung People yang kini bersiaran di slot Lestary  TV3 menjadi salah satu drama yang hangat dibualkan netizen apabila ramai yang terhibur melihat gelagat pelakonnya.

Antara pelakon utama drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu adalah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi.

Jom kita baca sikit sinopsis Kampung People di bawah:

Razif (Rashidi) bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap.  Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut.

Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

Sudah hampir ke penghujung siaran, pelakon berusia 46 tahun itu sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada penonton di laman Twitter miliknya sebagai tanda terharu atas sokongan yang diberikan terhadap drama 13 episod itu.

Lantas, perkongsian yang dimuat naik pada 28 Disember lalu itu telah meraih 1,800 retweets serta 5,100 tanda suka dengan  rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest