Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Rashidi Ishak Terharu Penerimaan Penonton Terhadap Kampung People

Siapa team Lailers?

Published

on

Selepas beberapa episod ditayangkan menerusi saluran TV3, drama rantaian terbaharu Kampung People terus mendapat perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi ia bukanlah drama romantis seperti biasa yang dipaparkan, malah ia adalah drama yang menceritakan kisah kekeluargaan.

Drama tersebut menjadi perbualan ramai terutamanya di laman Twitter selepas satu pengguna memuat naik satu kenyataan menjelaskan perkara-perkara Kampung People yang patut diketahui dan ditonton ramai.

Ciapa yang ditulis oleh pengguna yang bernama Jasmin Hassan itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah ia telah sampai kepada pelakon utama drama berkenaan iaitu Rashidi Ishak.

Rashidi Ishak yang memegang watak sebagai Razif dalam drama tersebut turut berkongsi kembali ciapan tersebut dengan menyatakan dirinya terharu disebabkan penerimaan orang ramai terhadap drama itu.

Kampung People mengisahkan Razif yang bekerja dengan Tuan Suhaimi menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut.

Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

Drama yang mula ditayangkan sejak 11 Disember lalu itu masih lagi ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest