Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Raysha Teruja Jadi ‘Jahat’

Sudah lama Raysha impikan watak antagonis.

Published

on

Impian pelakon Raysha Rizrose untuk menjayakan watak antagonis akhirnya menjadi nyata apabila mendapat peluang berlakon dalam drama Cindai, terbitan JS Pictures.

“Menerusi watak Jasmin ini, saya harus keluar dari zon selesa, seterusnya mencabar keupayaan diri. Saya perlu menggunakan peluang ini bagi membuktikan bakat seni dimiliki,” kata adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu.

Menurut Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, sudah lama dia menantikan watak sedemikian dalam usahanya mengembangkan bakat dan menjadi pelakon yang lebih baik.

“Akhirnya, produksi JS Pictures yang membuka peluang untuk saya mencuba watak sebegitu.

“Awalnya, Yasmin kelihatan seperti seorang yang baik. Bagaimanapun, perlahan-lahan penonton akan dapat menyaksikan sisi hitam wanita itu.

“Pendek kata, Yasmin seakan wanita yang mempunyai masalah jiwa. Ia menjadikan watak berkenaan cabaran besar untuk saya jayakan,” ujarnya lagi.

Dramai Cindai turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ayda Jebat, Syazwan Hassan, Fatin Afeefa dan Nazim Othman.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest