Connect with us
Projek Radio

Update

‘Real Hero’, Shuib Tawar Percutian Percuma Untuk Dr Noor Hisham!

Rehatlah DG Noor Hisham…

Published

on

Setiap hari kita pasti akan melihat wajah Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (DG Noor Hisham) di kaca televisyen dan skrin telefon bimbit untuk menantikan perkembangan terkini mengenai pandemik Covid-19 di negara ini.

Terpancar kepenatan di wajah beliau yang saban hari berkerja demi memastikan keselamatan dan kesihatan kita terjaga.

Pada pagi 29 Julai 2020, penyampai pagi Hot FM iaitu Geng Pagi Hot Shuk, Shuib dan Fizie sempat menghadiri sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya untuk meluangkan masa bersama DG Noor Hisham.

Apa yang menarik perhatian adalah ketika sesi soal jawab bersama DG Noor hisham, Shuib secara spontan sempat bertanyakan kepada beliau tentang perancangannya untuk bercuti sebentar.

“Ada plan (perancangan) nak cuti?”

Bukan itu sahaja, Shuib siap menawarkan penajaan percutian dalam negara kepada DG Noor Hisham sebagai tanda terima kasih kepada beliau yang memimpin barisan hadapan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Kalau Datuk nak bercuti saya sanggup sponsor (taja), tetapi jangan luar negara mahal, dalam negara ok,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham sambil tersenyum memberitahu beliau lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja.

“Isu dia bukan soal bercuti, cuti untuk rehat di rumah saja,”

“Kalau kerja 20 jam sehari banyak masa berehat di rumah saja daripada pergi berjalan sini berjalan sana.”

  “Bukan saya saja penat, tetapi semua petugas barisan hadapan sebab kita sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti”

“Tetapi ketika kes makin berkurangan saya benarkan mereka take a break,” kata DG Noorhisham

Hampir lima bulan tidak bercuti, DG Noor Hisham berkata ketika ini pihaknya bimbang peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 yang memerlukan pasukannya bekerja keras semula.

“Saya hanya mewakili 250,000 petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), jadi kerjasama padu antara kami dengan satu matlamat, iaitu memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara”

Sanggup menggadaikan nyawa, penat dan lelah demi menangani wabak Covid-19, ini lah hero sebenar Malaysia. Terima kasih Dr Noor Hisham!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest