Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Rekod 10 Tahun Avatar Musnah, Avengers: Endgame Kini Nombor 1!

Sejarah baru tercipta dalam industri perfileman!

Published

on

Filem Avengers: Endgame akhirnya merampas takhta nombor 1 daripada filem Avatar selepas mencatat kutipan $2.7902 bilion.

Jumlah itu mengatasi kutipan filem tahun 2009 Avatar iaitu $2.7897 bilion secara keseluruhan.

Pengerusi bersama Disney yang juga Ketua Pegawai Kreatif, Alan Horn dalam satu kenyataannya mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan produksinya kerana mencipta satu sejarah baharu dalam industri perfileman.

Pengarah filem Avatar, James Cameron turut mengucapkan tahniah menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasmi Avatar,

Avengers: Endgame mula ditayangkan di Malaysia pada 22 April lalu, menampilkan gabungan pelakon terkenal seperti Robert Downey Jr sebagai Iron Man, Chris Evans sebagai Captain America, Brie Larson, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo dan Paul Rudd.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest