Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Remy Ada Cara Tersendiri Lawan Kemurungan

Remy Ishak pernah berdepan dengan tekanan dan kemurungan.

Published

on

Setiap orang ada ‘kisah’ sendiri yang tidak diceritakan kepada sesiapa.

Pelakon popular Remy Ishak mengakui dia pernah berdepan dengan tekanan dan kemurungan.

“Mungkin orang nampak okey dari segi luaran tetapi hakikatnya, saya sendiri pernah melalui masalah kemurungan sebelum ini.

“Sampai sekarang pun saya masih berusaha melawan masalah kemurungan ini,” katanya.

Setiap kali filem lakonannya akan ditayangkan di pawagam, Remy akan mengalami kemurungan melampau.

“Contohnya, saya berasa takut dan berdebar menanti filem Sangkar ditayangkan di pawagam tanah air.

“Saya juga tidak tahu nak luahkan kepada siapa debaran dan perasaan takut sebelum ini,” ujarnya lagi.

Oleh itu, Remy memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi melawan penyakit itu.

“Apabila berasa kemurungan saya akan menadah tangan dan berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat lima waktu.

“Alhamdulillah, saya berjaya melawan kemurungan ini dengan mendekatkan diri dengan Allah dan ia juga sebagai terapi diri.

“Saya juga ada memberi nasihat kepada pelakon Diana Danielle mengenai masalah kemurungan dihadapinya ketika kami berlakon sama sebelum ini,” katanya.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest