Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Drama

Riena Diana Ucap Penghargaan, Peminat Minta Sambungan Kampung People Season 2!

Hm, agak-agak ada ke Kampung People part 2?

Published

on

Malam Rabu lalu, berakhir sudah drama komedi kesukaan ramai di Malaysia, Kampung People yang bersiaran di slot Lestary TV3.

Kesudahannya, Razif sekeluarga berjaya diselamatkan orang kampung, dan akhirnya mereka pulang semula ke Kampung untuk menjalani hidup sebagai ‘Kampung People’.

Drama arahan Wan Hasliza yang dibintangi Elly Mazlein, Riena Diana, Rashidi Ishak, Kamarul Eqif dan Datuk Fizz Fairuz itu menyajikan pengisian berbeza, berbanding kebanyakan drama sedia ada.

Sementara itu, Riena yang membawa watak Laila atau Lailer telah berkongis beberapa keping foto menerusi laman Instagram miliknya Rabu lalu.

View this post on Instagram

Thank you to everyone yang support Kampung People!!!!!!!!!!!!! LAILER SANGAT SAYANGKAN KORANG!!! NAK SEASON 2 KEERRR EH TIBERR HAHAHA MUAHH ❤️❤️❤️

A post shared by 🦋 Mariposa 🦋 (@rienadiana_) on

Menerusi foto yang dimuat naik, Riena mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penonton yang menyokong drama Kampung selama ini selain turut berjenaka mengutarakan soalan berbunyi, ‘ nak season 2 ker?’ di bahagian kapsyen.

“Thank you to everyone yang support Kampung People!!!!!!!!!!!!! LAILER SANGAT SAYANGKAN KORANG!!! NAK SEASON 2 KEERRR EH TIBERR HAHAHA MUAHH ❤️❤️❤️,” tulisnya.

Lantas,  peminat-peminat setia drama berkenaan mula membanjiri ruangan komen dengan reaksi yang pelbagai.

 

Hm, agak-agak ada ke Kampung People part 2?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest