Connect with us
Projek Radio

Drama

Rindu Yang Terindah Temui Penonton

Wah, para pelakon yang mantap!

Published

on

Hello kaki drama!

Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3, Rindu Yang Terindah yang bakal ditayangkan pada 16 Mac 2020 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Diadaptasi daripada novel Derita Terindah, drama 20 episod itu akan menyaksikan gandingan pelakon Redza Rosli bersama Amelia Henderson.

Selain Redza dan Amelia, Rindu Yang Terindah terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Emi Sufian itu turut dibintangi  Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle dan Zaefrul Nordin.

 

 

SINOPSIS RINDU YANG TERINDAH

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita.

Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu.

Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest