Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Riot Fest

RIOT FEST 2020 DITANGGUHKAN KERANA PENULARAN WABAK COVID-19

16 March 2020 - Kami di Bro Empire dan seluruh pasukan RIOT Fest ingin mengumumkan bahawa RIOT Fest 2020 terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu ekoran penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

RIOT Fest 2020 pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 4 Mac 2020 di MAEPS Serdang telah sebulat suara ditangguhkan dan bakal digantikan dengan tarikh baru yang akan diberitahu kelak.

Keputusan ini telah diambil setelah beberapa perjumpaan dan perbincangan bersama para ahli yang terlibat. Kami mengambil serious tentang keselamatan dan kesihatan panel artis, pekerja serta seluruh pihak yang terlibat dengan RIOT Fest 2020.

Kami berharap bahawa semua pihak dapat mengikuti segala perintah dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung wabak COVID-19 daripada menular. Perhimpunan besar seperti ini hanya bakal mengundang padah jika diteruskan buat masa ini. Bagi sesiapa yang telah membeli tiket penerbangan untuk ke RIOT Fest 2020, anda di nasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan syarikat penerbangan terbabit bagi urusan penukaran tarikh ataupun pembayaran semula.

Bro Empire Entertainment dan semua pihak terlibat kini sedang giat bekerjasama untuk memberikan satu tarikh baru untuk RIOT Fest 2020. Bagi sesiapa yang sudah membeli tiket, Tiket anda akan kekal sah untuk digunakan pada tarikh baru yang bakal diumumkan kelak.

RIOT Fest 2020 akan kembali tidak lama lagi. Nantikan pengumuman daripada kami.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: +6012 650 3385 (OPIE SOFIA)

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement