Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Risteena Munim Kemalangan Selepas Sambutan…

Risteena mengalami lebam kesan hentakan yang kuat.

Published

on

Ahad lalu, pelakon, Nur Risteena Munim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama keluarga di Jalan Tun Razak berhadapan Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2 pagi ketika pulang dari menyambut ulang tahun kelahiran bapanya.

Perkara itu didedahkan oleh Risteena menerusi satu posting di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

Semoga ada hikmah di sebaliknya

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

View this post on Instagram

Terima kasih kepada semua saudara mara, kawan2, followers, wartawan, yang tak henti2 call, message, comment bertanya tentang keadaan saya dan keluarga. Saya minta maaf tak dapat balas satu persatu. Tapi saya baca setiap satu comment yang saya terima dan juga whatsapp dan DM. Alhamdulillah keadaan semua okay cuma saya terkilan bila pergelangan mama saya patah dan akan menjalani operation dalam masa terdekat Keadaan ayah dan adik yang terhantuk kuat juga merisaukan saya, tapi Alhamdulillah takde yang serious Keadaan saya Alhamdulillah okay. Cuma sedikit lebam kesan hentakan yang kuat dan masih dlm trauma untuk drive buat masa sekarang Kejadian berlaku akibat kereta yang tiba2 datang dari arah depan kereta saya dengan secara melintang. Tak sempat langsung nak brek sbb dari jarak yang dah terlalu dekat. Terpaksa berlanggar. Hentakan terlalu kuat. Hanya mampu minimum kan perlanggaran. Walaupun kepala dah atas dashboard. Alhamdulillah berjaya mengawal stereng daripada masuk ke jalan sebelah yang melawan arus. Sehingga kereta diseret ke jalan sebelah kiri dan terhenti sendiri. Lepas kereta berhenti, saya make sure semua family saya turun dari kereta dlu dan duduk di tempat selamat. Masa tu rasa diri kuat bila tengok semua masih dalam keadaan sedar dan mampu berjalan sendiri. Lepas tu baru sedar tangan mama patah. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Tapi satu2 nya pilihan masa tu hanya utk jadi kuat. Takde pilihan lain. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Namun saya bersyukur pada Allah swt masih memelihara kami walaupun mengalami kemalangan yang agak teruk. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, memberi moral support. Allah je dapat balas jasa semua. Hati-hati di jalan raya ❤️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Kakak kepada selebriti, Ruhainies itu juga mengakui trauma dengan insiden yang berlaku namun bersyukur semua ahli keluarganya selamat.

Semoga Risteena dan famili tabah, lebih berhati-hati di jalan raya dan segera sembuh.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest