Connect with us

Selebriti

Risteena Munim Muat Naik Video Fitting Baju Kahwin, Dedah Kisah Cinta

Benda baik jangan disorok lama-lama…ramai tertunggu-tunggu nak makan nasi minyak awak!

Published

on

Empat hari yang lalu, pelakon Risteena Munim ada memuat naik satu video sedang fitting baju pengantin di sebuah butik.

Sepertinya kakak kepada selebriti, Ruhainies itu sudah semakin hampir untuk menamatkan zaman solonya.

Kapsyen yang ditulis Risteena juga menarik perhatian peminat apabila dia mendedahkan sikap-sikap romatis buah hatinya itu selama mereka berkenalan.

View this post on Instagram

Done fitting. Counting days 💍 Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya. Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini. Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya. Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka. Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya. Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya. We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet! Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati. Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila. Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Beruntung jadi Risteena! Wujud desas-desus mengatakan jejaka yang dimaksudkan adalah aktor, Isa Khan. Benarkah?

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua belah pihak masih mendiamkan diri biarpun ramai yang berani ‘kerat jari’ bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Apa pun, kita tunggu jawapan dari Risteena nanti okay. Benda baik jangan disorok lama-lama. Ramai ni yang tertunggu-tunggu nak makan nasi minyak awak!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest