Home > #PenaHot > RM100 Hadiah Kutip Sampah Terbanyak!

RM100 Hadiah Kutip Sampah Terbanyak!

Siapa penyokong pasukan Kedah, angkat tangan!

Masa perlawanan aksi Piala Malaysia antara Kedah dan Kelantan di Stadium Darul Aman esok, penyokong Kedah berpeluang dapat RM100!

Itu ganjaran ditawarkan untuk pertandingan kutipan sampah paling banyak yang diadakan sempena Program Kebersihan dan Kesedaran 3R (Jangan Buang Sampah).

Dalam Berita Harian tulisan Izzali Ismail, program itu yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Kedah adalah bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peyokong , kearah “Sifar Sampah” di negeri Kedah, menerusi tema “Kedah Negeriku Bersih Serata-Rata”.

Menurut laman Facebook KFA, sebanyak 5000 plastik sampah akan diedarkan sempena program itu, yang turut mendapat sokongan daripada 9 kelab penyokong Kedah yang dikenali sebagai G9. Menurut Timbalan Pengerusi Media dan Perhubungan Awam KFA Shahrol Niza Omar,

“Seramai 15 hingga 20 ribu penyokong dijangka hadir ke stadium esok dan program ini akan dimulakan seawal jam 5 petang. Seramai 100 petugas serta 70 sukarelawan dari kelab penyokong akan bergerak sekitar stadium dengan memberi kesedaran secara lisan, dan turut mengedarkan plastic sampah dalam stadium.”

Kata Shahrol lagi,

“Selain hadiah RM100 untuk kutipan sampah terbanyak, kita juga akan anjurkan pertandingan sepak bola, Dam 3R dan kuiz 3R , untuk memeriahkan program.”

Bagi inisiatif yang dianjurkan ni, selain dapat membuat kerja kebajikan, dapat hadiah juga pulak tu, dan juga dapat menyebarkan nilai murni sesame masyarakat, khususnya penyokong sukan negara.

Beberapa kelab ternama dari luar negara pun dah pernah buat aktiviti amal macam ni. Contohnya, kelab Guangzhou Evergrande. Penyokong kelab mengutip semua sampah sarap sekitar stadium selepas perlawanan menentang Jiangsu Guoxin Sainty FC. Ni semua nak ikut contoh yang ditunjukkan penyokong pasukan bola sepak Jepun ketika Piala Dunia di Brazil, di mana aktiviti mereka mengutip sampah selepas habis perlawanan menjadi buah mulut seluruh dunia.

Tapi, bila dah ada yang volunteer tu, diharapkan takde lah penyokong lain yang ambil kesempatan dengan mencemarkan kawasan stadium atau padang bola ye? Sama-sama kita jaga kebersihan alam sekitar.

Biar Jasa Jadi Kenangan!