Connect with us
Hot Selebriti

Hiburan

Romantiknya Norman Hakim & Memey Suhaiza Sambut Ulangtahun Perkahwinan!

Selepas berkongsi hidup bersama, pelakon yang popular menerusi Filem Pasrah, Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7 semalam

Published

on

Selepas berkongsi hidup bersama, pelakon yang popular menerusi Filem Pasrah, Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza kini sudah memasuki ulangtahun perkahwinan yang ke-7.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Norman menerusi laman Instagram, apabila dia memuatnaik gambar makan malam yang begitu romantik bersama isteri kesayangannya itu.

Norman berkongsi gambar di Instagram

Jelas tergambar kegembiraan di wajah mereka sehingga membuatkan kita yang melihat turut merasa kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan ini.

Mereka yang sedondon berbaju merah menikmati makan malam di sebuah restoran terkenal di ibu kota yang juga merupakan tempat kegemaran Memey.

Sementara itu, Norman turut berkongsi satu video istimewa buat pengikutnya di laman Instagram, iaitu disaat dia dan Memey diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri,7 tahun lepas.

Menerusi video berkenaan, dapat digambarkan betapa dia sangat bersyukur memiliki isteri seperti Memey selepas menulis kapsyen yang begitu penuh makna.

View this post on Instagram

"Allah Ya Tuhanku yang menyatukan dua hati ini…Engkau tebarkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A untuk kami saling mencintai,menyayangi & saling menghargai hingga sampai ke syurgaMu…Aamiin Ya Rabb" . . SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-7 ISTERI❤️…terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak,memasak & menerima suamimu ini seadanya…semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang…I ❤️U.

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-7 ISTERI❤️…terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak,memasak & menerima suamimu ini seadanya…semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang…I ❤️U.”

Rata-rata pengikut Norman di laman Instagramnya turut berasa gembira dan meninggalkan kata-kata positif di ruangan komen selain turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Selain Norman, Memey juga turut berkongsi video detik-detik romantik ketika makan malam tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di laman sosial yang sentiasa mendoakan kebahagiaanya bersama Norman.

Sepanjang 7 tahun perkahwinan, Norman dan Memey telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, empat tahun, Muhammad Dikhriz Hakim, dua tahun dan seorang puteri, Mikayla Delisha Hakim yang kini telah memasuki usia dua bulan.

Semoga Norman dan keluarga sentiasa dilimpahkan rahmat dan mengecapi kebahagiaan buat selama-lamanya.

 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest