Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Ruhainies Nafi Bakal Berkahwin Tahun Ini

Pelakon, Ruhainies mengakui dirinya sudah berpunya Oktober lalu apabila menerima sebentuk cincin daripada jejaka dikenali sebagai ‘Mr E’ ketika bercuti di London, United Kingdom.

Published

on

Pelakon, Ruhainies mengakui dirinya sudah berpunya Oktober lalu apabila menerima sebentuk cincin daripada jejaka dikenali sebagai ‘Mr E’ ketika bercuti di London, United Kingdom.

Bagaimanapun, pelakon yang mempunyai iras wajah seperti Nora Danish itu menolak gosip kononnya dia dan ‘Mr E’ akan bernikah di sebuah hotel mewah di ibu negara, tahun ini.

Ini kerana dia belum terfikir mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat meskipun hubungan mereka sudah direstui keluarga.

“Mana pula saya hendak berkahwin tahun ini… Siapa yang bawa cerita? Kalau boleh, saya tak mahu melangkah bendul. ” katanya.

Menurut Ruhainies, dia mahu memberi laluan kepada kakaknya, Risteena Munim terlebih dahulu untuk berkahwin kerana tidak mahu melangkah bendul.

Biarlah kakak (Risteena) kahwin dulu. Saya dan dia (Mr E) belum merancang soal kahwin. Kami masing-masing mahu kejar kerjaya dahulu,” ujarnya lagi.

 

Apa pun, semoga Ruhainies bahagia selalu dan cepat-cepat naik pelamin ya!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest