Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

‘Rumah Siti Khadijah’ Angkat Kisah Wanita Dianiaya Lelaki Durjana!

Drama sangat!

Published

on

Setiap individu yang melakukan kesilapan mesti patut diberikan peluang untuk pulang kedua untuk memperbaiki kesilapannya apatah lagi remaja perempuan yang masih mentah untuk mengharungi cabaran dunia.

Terbaharu di slot Samarinda, Rumah Siti Khadijah yang sudah mula ditayangkan sejak semalam, memaparkan kelainan dengan paparan 13 kisah tentang isu-isu remaja di sebuah rumah perlindungan wanita.

Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda, dibarisi oleh pelakon hebat termasuk Farahdhiya, Faezah Elai, Nina Iskandar, Intan Ladyana sebagai tenaga pengajar dan turut dibantu oleh Khairisya, Rina Diana, Erynne Erynna,  Khaireena, Fara Nadiah, Hana Aqeela, Azhan Rani, Hariesa DFKL dan ramai lagi.

Image result for rumah siti khadijah

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindungan di Rumah Siti Khadijah.

Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah (Farahdhiya) yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest