Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Rumahtangga Fizo Omar Berdepan Kemelut

Tiada orang ketiga dalam kemelut rumahtangga

Published

on

Pelakon Fizo Omar mengakui perkahwinannya dengan Mawar Abdul Karim kini berdepan kemelut tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Memetik dari Harian Metro, Fizo berkata, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik untuk rumah tangganya itu.

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya .”

Fizo berkata, dia hanya mendapat tahu Mawar sudah bertemu peguam untuk mendapat nasihat berkaitan rumah tangga mereka menerusi media.

“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini.”

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka masih tinggal sebumbung atau tidak, Fizo enggan mengulas.

Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.

Sumber: Harian Metro

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest