Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Saharul Ridzwan Minta Maaf Pada Anak

Alahai anak…

Published

on

Lumrah bagi seorang anak kecil jika mereka mahukan perhatian kadang-kadang, hal kecil dan remeh bagi orang dewasa itu juga yang akan membuatkan mereka meragam.

Tetapi lain pula dengan anak salah seorang pelakon Saharul Ridzwan ini, Luth Ali yang merajuk tanpa sebab yang tidak boleh dijangka.

Saharul menceritakan sendiri di media sosial Instagram, bahawa ada satu malam dia berasa sangat penat disebabkan kesibukan bekerja.

Ketika mahu mengambil alih tugas mahu menidurkan anak bongsunya, Fateema Azzahra tidur kerana isterinya kurang sihat, Luth Ali dilihat seolah-olah kurang senang dan mencampakkan permainannya ketika sedang bermain di ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik.

 

View this post on Instagram

 

Kalau hebat, tulis blk apa yang Ali nyanyi utk adik dia. 😘😍

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Faham dengan situasi tersebut, Saharul Ridzwan kemudiannya memujuk dan bertanya anak sulungnya, Ali beberapa kali.

Ternyata… Ali merajuk dan sengaja ‘buat hal’ kerana tidak ada yang nak layan dirinya. Comel je!

 

View this post on Instagram

 

Baba minta maaf Ali 😭 . Saja perkongsian utk ibu bapa tentang “Parenting”. Semoga kita boleh berkongsi pengalaman masing2. Anak anak ada perasaan , dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan. Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik sy rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema utk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia. . Tiba- tiba Ali masuk bilik merengek, baling2 toys lepas tu masuk bilik cakap “I want to watch King Kong” sambil pegang toys. Lepas tu menangis dekat lantai. Sy passkan Fateema pada Deena, sy angkat Ali dengan niat nak marah pada mulanya, then sy tanya soalan yang selalu sy tanya: “Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby” Banyak kali sy tanya then finally dia cakap: “Nobody wants to play with me. I want to play” Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu2 dia nangis. Sy hug dia, cakap “Come go out with Baba, jalan2 naik kereta”- Happy dia. Anak Baba ❤️ . Kadang2 kita terlepas pandang tentang masa utk anak2 kita, kadang2 kita fikir yang anak2 buat perangai sebab degil, taknak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita. Kita kurang peka dengan anak2 kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita. . Sorry my boy ❤️. Baba promise cuba jadi Baba yang terbaik utk Ali dan Fateema. P/s: ambik gambar semua ni masa baru masuk kereta, kereta tak bergerak pun

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

Tanpa membuang masa, Saharul Ridzwan terus mengajak anaknya itu untuk keluar berjalan bersama.

Dalam posting Instagram tersebut, Saharul Ridzwan turut mohon maaf kepada Ali dan sempat menasihati orang ramai terutamanya yang sudah menjadi ibu bapa supaya peka dengan sikap anak kecil.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest