Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Saharul Ridzwan Rakam Anak Mengaji Iqra Belakang Langsir, Pandainya!

Clever boyyy!

Published

on

Kanak-kanak sebenarnya begitu peka dengan keadaan sekeliling mereka dan mudah ‘tangkap’ dengan apa yang diajar ibu bapa.

Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan tidak menyangka anak lelakinya, Muhammad Luth Ali yang baru berusia tiga tahun sudah pandai memahami tindakan atau ajaran yang disampaikan kepadanya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Saharul ada berkongsi  sepotong video pendek menyaksikan Ali sedang mengaji bacaan Iqra di sebalik langsir.

Di bawah adalah perkongsian terdahulu Saharul ketika mengajar Ali mengaji Iqra.

Pandai betul Ali kan mengenal huruf! Gelagat comelnya di belakang langsir seorang diri itu lalu mencuri perhatian pengikut Saharul di sosial media dengan rata-rata memuji kebijaksaan Ali.

Sebagai rekod, Saharul telah berkahwin bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali manakala dalam perkembangan terbaru, Deena kini hamil anak kedua.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest