Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Saharul Ridzwan ‘Sekolahkan’ Netizen Ambil Ringan Isu Covid-19

Safety first!

Published

on

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan telah dikuatkuasakan selama dua minggu sejak 18 Mac lalu.

Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang mengambil ringan mengenai bahaya wabak Covid-19 yang kini semakin meruncing.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu tampil bersuara menjelaskan soal keselamatan sepatutnya menjadi keutamaan rakyat Malaysia.

Perkara itu hadir susulan Saharul yang memiliki badan sado telah disindir dua pemuda gara-gara dia memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan ketika keluar ke kedai pada Rabu.

View this post on Instagram

"Badan ketul2 pun pakai gloves ke bang" . So tadi sy keluar kejap pergi kedai kat area rumah sy. Terjumpa dengan 2 orang pemuda, seronok dorang sembang sambil hembus asap rokok. Lepas tu gelak2. Tak pakai mask, tak pakai gloves, apa pun takde. Dia tegur saya, "badan ketul2 pun pakai gloves ke bang" . Malas aku layan kau, terus chow malas ambik pot . Derr, ni bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawan tu lagi halus dari kuman, mana nak nampak. Dumbell sebesar alam tu bolehla elak, tu pun kadang2 terlanggar jugak dekat keting. Keluar air mata woo 🤣 . Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat utk elak, kita elak lah. Tak kira hebat kebal tara mana pun kita, kita ni tetap hamba Allah yang lemah.ALLAH datangkan "lawan" paling kecik je utk kita, mengelupur, tak ada apa yang boleh kita buat. KECUALI, doa pada ALLAH, usaha dan tawakal . Solat jangan tinggal. Salam Maghrib.

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Sementara itu, Saharul yang memiliki 3.6 juta jumlah pengikut turut berkongsi cara dia menjaga aspek keselamatan dan kebersihan ketika berurusan di bank.

Perkara itu dimuat naik menerusi satu video pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan, 19 Mac.

Jika anda tiada urusan penting di luar just stay at home.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest