Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Sama Besar Dengan Tuan, Kucing Zara Zya Curi Tumpuan!

Kebanyakkan kita mesti akan ada haiwan peliharaan tak kisah lah samada ikan, hamster atau pun kucing secara lazimnya.

Published

on

Kebanyakkan kita mesti akan ada haiwan peliharaan tak kisah lah samada ikan, hamster atau pun kucing secara lazimnya.
Baru-baru ini, pelakon Zara Zya berkongsi satu foto bersama seekor kucing peliharaannya, Beshetik di laman Instagram.

Menariknya, saiz kucing yang dimuat naik Zara begitu besar dan gemok sehingga menarik perhatian pengikutnya di laman sosial.

“Ark.. ark.. meow meow ark meow 🐱. Siapa faham apa yg @beshetik cakap ni?,” tulisnya di laman Instagram. 

Sementara itu, foto tersebut turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis seperti Mona Allen dan Hanez Suraya yang turut teruja melihat saiz Beshetik.
Ada juga yang menyamakan saiz kucing kesayangan Zara itu dengan kuda. Kelakar betul!

Dalam pada itu, pengikut-pengikut Zara turut bertanya apakah tip penjagaan kucing yang diamalkan supaya kucing belaan mereka sihat dan gebu seperti Beshetik.

Comel kan Beshetik Zara Zya?
Anda yang tengok pun mesti geram sebab comel sangat!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest