Connect with us

Update

Sambutan Uji Bakat ICSYVMY Musim Ketiga Luar Biasa!

Ada peserta yang sanggup datang seawal jam 5 pagi untuk sertai uji bakat!

Published

on

Program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) adalah adaptasi ‘game show’ dari Korea Selatan dengan judul yang sama.

Program berkenaan terus mendapat tempat di hati penonton apabila penyertaan uji bakat musim ketiga bagi mencari peserta penyanyi sebenar dan penyamar memberi impak luar biasa.

Penerbit I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY), Chong Kien Wen berkata, kira-kira 3,000 orang hadir untuk menjalani uji bakat yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

“Pihak kami tidak sangka mendapat sambutan luar biasa seperti ini. Saya sendiri terkejut apabila ada peserta yang sanggup datang seawal jam 5 pagi untuk menyertai uji bakat.

“Uji bakat ini kami buat dua hari iaitu Sabtu dan Ahad. Ada peserta yang tidak sempat menjalani uji bakat sanggup datang sekali lagi pada hari ini (Ahad),” katanya.

Pihak ICSYVMY juga terpaksa membuat dua saringan untuk uji bakat musim ketiga bagi mempercepatkan proses pemilihan.

“Dua musim sebelum ini, kami buat ‘scouting’ untuk cari peserta. Tetapi, kali ini kami hanya uar-uarkan menerusi media sosial.

“Mungkin, mereka tertarik untuk datang sebab musim kedua penyanyi sebenar yang berjaya duet dengan penyanyi jemputan dapat hasilkan single sendiri,” ujarnya lagi.

ICSYVMY musim pertama diacarakan oleh Alvin Chong dan Shuk Sahar manakala musim kedua tempat Alvin digantikan oleh Sean LJE.

Pada 19 dan 20 Oktober ini, uji bakat khusus buat mencari penyamar bakal diadakan di lokasi sama.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest