Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Sangkar Gegarkan Pawagam 29 Ogos Ini!

Selain aksi, Sangkar turut memaparkan babak lucu, romantis dan kasih sayang antara ahli keluarga.

Published

on

Filem Sangkar arahan Kabir Bhatia bakal menggegarkan pawagam pada 29 Ogos depan, memaparkan sukan seni bela diri campuran (MMA) sebagai latar cerita.

Sesuai menjadi bahan tontonan seisi keluarga, Sangkar  merupakan kolaborasi mega di antara empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold sendiri, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Kos keseluruhan pembikinan Sangkar termasuk promosi juga dianggarkan RM3 juta.

Melihat kepada pembabitan empat syarikat dan kos tinggi pastinya keempat-empat produksi mengharapkan filem yang menampilkan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama itu mencatat keuntungan besar.

 

Selain itu, Sangkar turut membariskan pelakon Fadlan Hazim, Ray, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James“Sledgehammer” Mcsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Sinopsis

Sangkar menceritakan kisah watak Adam dan Johan yang berlawan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan cedera parah. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali dalam pertarungan jalanan demi dapatkan habuan untuk membantu Johan sekeluarga. Johan pula bertarung dengan hidupnya sendiri demi keluarganya. Adam membuat keputusan untuk bertarung dengan atlet MMA luar negara bagi mendapat habuan lebih besar. Mampukah Adam dan Johan bergelut keadaan serta menebus dosa lalu dalam berdepan cabaran masing-masing?

Jom saksikan trailer rasmi filem Sangkar di bawah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest