Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Filem

Sangkar Kini Di Netflix!

Sediakan popcorn!

Published

on

Sekiranya anda telah terlepas peluang untuk menonton filem yang telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM7.2 juta selepas sepuluh hari ditayangkan di pawagam, “Sangkar” kini ditayangkan di Netflix.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pelakon filem terbabit iaitu Zul Ariifin.

View this post on Instagram

@sangkarmovie NOW on @netflixmy !! 💥💥💥 . A♠️A

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Sangkar mengisahkan Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh memenangi satu pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan.

Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama-kelamaan, Adam secara tidak sengaja menjadi sebahagian daripada hidup Johan.Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang menimpa Johan itu menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan.

Terdahulu, filem Paskal yang berjaya menjadi filem pilihan ramai penonton Malaysia turut tersenarai sebagai antara filem yang disiarkan menerusi Netflix.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest