Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

SANGKAR : Perjuangan Bakal Bermula

Nantikan filem Sangkar yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019.

Published

on

Tayangan perdana filem SANGKAR arahan Kabir Bhatia telah berlangsung semalam (Rabu) bertempat di pawagam mmCineplexes, eCurve Mutiara Damansara.

Filem Melayu pertama yang menampilkan Mixed Martial Arts (MMA) ini buat julung kalinya merupakan kerjasama mega empat penerbit iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

Apa yang boleh dijanjikan, penonton pasti akan terhibur dengan jalan ceritanya yang luar biasa, sengit dan mendebarkan.  Malah, ia mampu memberi impak kepada mereka yang amat meminati aksi sukan seni bela diri.

Selain memaparkan perjuangan dalam ‘sangkar’, filem yang menjalani penggambaran di sekitar Klang Valley ini juga menyuntik elemen kekeluargaan, persahabatan, keinsafan, kasih sayang serta lawak jenaka yang bakal membuat penonton tak kering gusi dan mengambil pengajaran daripada filem ini.

Tonggak utama filem Sangkar, Zul Arifin berharap penonton akan terhibur menonton filem aksi ini selain terus menyokong filem tempatan.

“Kita mahu semua yang menonton filem ini berasa seronok dan enjoy. Terima kasih diatas sokongan anda dan diharapkan anda semua terus menyokong filem tempatan,” katanya semalam.

Gabungan hebat pelakon seperti Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah ternyata memberikan lagi ‘jiwa’ kepada filem epik ini.

Pelakon-pelakon lain yang turut menjayakan filem Sangkar adalah Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh, atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney, Niezam Zaidi, Zarul Al-Bakri, Emelda Rosemila, Rashid Salleh dan Peter Davis.

Sangkar mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan.

Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest