Connect with us

Selebriti

Sarah Hilderbrand Kini Bergelar Isteri

TAHNIAH!

Published

on

Tahniah! Dengan sekali lafaz, Sarah Hildebrand, 29, sah menjadi isteri kepada Otto Gilen di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Pada majlis berkenaan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

“Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana. Alhamdulillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.

“Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudahkan. Insya-Allah,” kata Sarah ketika ditemu bual oleh wartawan, Zaidi Mohamad.

Untuk pengetahuan, hubungan Sarah dan suami mula rapat sejak Februari lalu selepas mereka bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook.

View this post on Instagram

🖤

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Otto yang berdarah kacukan Filipina-Amerika turut memeluk Islam pada September lalu selepas membuat keputusan untuk berkahwin.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest