Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik

“Satukan Rasa” Catat 2.9 Juta Tontonan Dalam Masa Yang Singkat

Semoga terus mendapat tempat dihati peminat!

Published

on

Kebelakangan ini, ramai pasangan duet serasi di Malaysia telah berjaya menarik perhatian peminat termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir menerusi lagu Dirgahayu, Misha dan Hafiz Suip (Terimaku Seadanya), Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini (Haram), Syamel dan Ernie Zakri (Aku Cinta/Takkan Terlerai) dan ramai lagi.

Pada Julai lalu, dua penyanyi popular iaitu Siti Nordiana atau Nana dan Khai Bahar telah muncul dengan lagu duet sulung mereka berjudul Satukan Rasa.

Tidak sampai 24 jam dimuatnaik menerusi laman Youtube, lagu yang dihasilkan sendiri Nana dan Khai menggunakan nama samaran Kanda Dinda itu berjaya menguasai carta.

Perkembangan itu pastinya cukup memberangsangkan sekali gus membuktikan dua penyanyi itu ‘berbisa’ dan bakal memberi saingan kepada pasangan duet sedia ada.

“Perancangan untuk menghasilkan lagu ini makan masa hampir dua tahun dan sekarang baru dapat direalisasikan.”

Menurut Nana, ia penting untuk mencari pasangan yang komited dan serasi susulan ia sukar diperolehi.

Image result for nana dan khai

Nana dan Khai turut menggunakan khidmat komposer AG Coco untuk menyusun semula melodi.

Semoga lagu ini terus mendapat tempat dihati peminat serta semoga berjaya buat Nana dan Khai!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest