Connect with us
Projek Radio

Update

“Saya Merayu & Mendesak, Kaji Semula FINAS!”, Syed Saddiq Mohon Jangan Sekat Kreativiti Anak Muda

Semua kena apply lesen?

Published

on

Kita semua sedia maklum, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merupakan sebuah agensi yang mengeluarkan lesen penerbitan dan kebenaran penggambaran. Menjadi tanggungjawab FINAS dalam memastikan setiap penerbitan tidak kira dalam atau luar negara, melakukan penggambaran sebagaimana termaktub di dalam akta dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Namun begitu, Sidang Parlimen di Dewan Rakyat semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata, segala bentuk penggambaran memerlukan lesen FINAS, termasuklah rakaman di media sosial peribadi. Kata Saifuddin Abdullah, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd serta mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000. Perkara itu sekaligus mencetus pelbagai reaksi terutamanya kemarahan masyarakat.

Kenyataan yang tidak masuk akal itu turut mengundang ahli politik muda iaitu Syed Saddiq untuk membantah isu ini di Sidang Parlimen di Dewan Rakyat semalam.

Syed Saddiq dilihat memuat naik ciapan video berdurasi 2 minit itu di laman sosial Twitter nya, dengan mengatakan beliau merayu dan mendesak supaya FINAS mengkaji semula kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya merayu & mendesak, kaji semula!”

“Anak muda, content creators tak mampu nak bayar Rm50,000 untuk Lesen Finas.”

“Jangan bunuh creativity anak muda, jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!”

Mengambil petikan dari video ciapan Syed Saddiq, beliau mengatakan bagaimana anak muda di Malaysia ingin kekal berpengaruh jika syarat baru ini ‘membunuh’ anak muda untuk terus berkarya.

Ciapan yang dimuat naik itu turut mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang menyokong tindakan Syed Saddiq.

Sumber : Twitter @_adfaris

Sumber : Twitter @sejenisdinosaur

Sumber : Twitter @blueleojlouie

Sumber : Twitter @kaekaemon

Oleh disebabkan isu ini mendapat kecaman netizen, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menjelaskan tiada arahan dikeluarkan kepada pengguna platform media sosial seperti YouTube, Instagram dan TikTok untuk memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) seperti yang tular semalam. Idham juga berkata, sebagai badan yang bertanggungjawab membantu meningkatkan pembangunan industri perfileman dan kandungan digital, tugas FINAS lebih kepada menggalakkan penghasilan lebih banyak idea kreatif, bukannya menyekat kreativiti pengguna media sosial.

“Saya harap pihak berkenaan bersabar dan jangan panik. Kalau betul FINAS mahu keluarkan syarat sedemikian, sudah lama kami laksanakan”

Harap apa yang diperkatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS itu adalah benar. Sama-sama kita nantikan ‘update’ yang seterusnya.

Dah, jangan emosi, mari kita layan video Tiktok Syed Saddiq!

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest