Home > #PenaHot > “Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah” -Fazura

“Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah” -Fazura

Pelakon Fazura mengakui ketulusan pasangannya Fattah Amin yang mahu memperisterikannya memberi keyakinan sekaligus membuka hatinya untuk mendirikan rumah tangga bersama aktor itu.

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Gol & Gincu suatu ketika dulu, dia berasa bersyukur apabila dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik namun keputusan untuk berkahwin dibuat selepas Fazura betul-betul yakin bahawa masa depannya ada bersama lelaki berkenaan.

Rasanya ramai yang tahu saya seorang wanita yang berdikari. Saya seorang wanita yang degil dan selama ini kerjaya adalah keutamaan saya. Jadi saya merasakan perkahwinan itu masih jauh.

Image result for fattah amin fazura

Tetapi atas kuasa Allah saya bertemu dengan Fattah dan selepas beberapa bulan, dia pun melamar saya dan ketika itu membuatkan saya memikirkan sedalam-dalamnya dan pada hari dia melamar saya itu memang saya sudah terbuka hati untuk berkahwin.

Related image

I saw my future in his eyes,” katanya sambil tersenyum lalu menoleh ke arah Fattah yang berada di sebelahnya.

Semalam, sejurus tiba dari Mekah, pasangan ini mengadakan sidang media khas bagi menjawab spekulasi kononya sudah bernikah sebelum mereka berangkat menunaikan umrah pada 13 November lalu.

Bagaimanapun, mereka mengesahkan tiada majlis ijabkabul seperti yang didakwa. Sebaliknya Fattah menghantar rombongan merisik sekaligus mereka mengikat tali pertunangan pada tarikh tersebut.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply