Connect with us
Projek Radio

Viral

‘Saya Sudah Bertunang Tetapi…”- Penulis Ini ‘Sekolahkan’ Individu Hilang ‘Sparks’ Dalam Perhubungan

Individu yang kehilangan ‘sparks’ dalam perhubungan ini adalah orang yang lemah…

Published

on

“I’m engaged but I don’t feel the sparks anymore”

Demikian kata-kata seorang individu di Instagram yang tular baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen di laman sosial yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku jika individu itu benar-benar serius dalam perhubungan.

Al-kisah pada mulanya, seorang penulis kreatif, penyanyi dan penulis lagu iaitu Wani Ardy, membuka ruangan pertanyaan kepada pengikutnya di Instagram story.

Mereka bebas bertanyakan apa sahaja berkaitan hubungan ataupun lebih tepat, topik “finding love again” atau ‘kembali mencari cinta’ di kotak pertanyaan itu.

“Ingat, saya seorang ibu berusia 36 tahun yang berkahwin dua kali, saya sangat realistik. Saya tidak memberikan jawapan seperti Disney (jawapan fantasi)” – Wani

Wani turut mengingatkan pengikutnya di Instagram story bahawa dia adalah seorang yang realistik, jadi dia akan menjawab apa jua soalan dengan jawapan-jawapan yang berlaku di dalam realiti dan bukan hanya indah dan fantasi di minda dan mulut.

Salah satu soalan yang diterima adalah daripada seorang individu yang mengatakan bahawa dirinya sudah bertunang, akan tetapi sudah hilang ‘spark‘ atau perasaan ‘berbunga’ bersama pasangannya.

Image

Menjawab kepada soalan itu, Wani berkata, individu yang kehilangan ‘sparks‘ dalam perhubungan ini adalah orang yang corak pemikirannya lemah.

Jika betul anda menyayangi pasangan anda, apa jua perkara menjengkelkan atau perasaan bosan dengan pasangan bukan alasan untuk hilang perasaan begitu sahaja.

“Sorry love. spark tak spark ni mindset orang lemah. Anak dah 5 nanti kalua maish bergantung pada spark untuk stay, memang ke laut.”

“Ini pemikiran yang realistik: Anda boleh rasa bosan dan menjengkelkan dengan seseorang tetapi masih menyayanginya”

“Soalnya masih sayang tau tak. itu je. Kalu dia mati esok, rasa apa-apa tak?”

“Jangan mengharap sparks/buterflies to stay in your stomach”

Jawapan padu penulis itu nampaknya mendapat pelbagai respon warganet yang turut memberikan pendapat mereka.

Sedikit nasihat untuk anda di luar sana, bercinta apabila anda betul-betul merasakan diri sudah bersedia.

Jika anda sudah berada di dalam hubungan bersama seseorang, dan merasakan hubungan anda senakin hambar, cuba cari jalan untuk kembalikan ‘sparks‘ di dalam perhubungan. Komunikasi itu penting dan elakkan curang dengan pasangan.

Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada dicurangi. Peace!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest